Friday, April 17, 2009

sambungan..“PEMILIK CINTA KU…”


Pengisian seorang penulis yang bercerita tentang bagaimana perjalanan seorang gadis yang masih belajar yang mempunyai nilai didkan agama yang tinggi, namun tidak terlepas dengan godaan syaitan yang sentiasa menyuruh dirinya melakukan dosa hanya dengan godaan lelaki2 yang mengatakan menyintainya kerana Allah..namun hatinya kuat mengatakan CINTANYA HANYA PADA ALLAH..itulah prinsip hidupnya selagi mata pena menjadi temannya di gedung ilmu..

Qai’niah diuji dgn pelbagai ujian dan dalam masa yang sama dia juga menerima banyak risikan dari orang tuanya, mujurlah kedua2nya memahami prinsip hidupnya..alhamdulilah, tiba2 ana teringat ibu di kampong..huhu..gadis yang dikatakan menjadi pujaan ramai lelaki kerana elok agamanya, di uji sekali lagi apabila beliau diminta “taaruf” dengan seorang lelaki yang dikatakan oleh pensyarahnya bahawa seorang lelaki yang baik dari segi agama mahupun perilakunya..namun ilmu yang masih dituntut masih belum diselesaikan…”ana sudah ada pilihan” begitu lah helah yang digunakan oleh gadis ini untuk tidak menyakiti hati lelaki berkenaan..

Namun, kehadiran seorang lelaki dalam hidup orang tuanya yang datang bersama pengantara, membuka hatinya untuk mengenali sekiranya memang jodohnya..lelaki itu hadir tepat pada masanya, iaitu selepas dia baru menghabiskan examnya yang akhir, berkemas untuk pulang kekampung, waktu itulah pinangan untuk dirinya sudah menanti oleh lelaki yang dia sendiri tidak kenali, hati berdebar..

Dalam masa bertunang dia melanjutkan pelajaran, bakal suaminya pula meneruskan kerjaya sebagai doctor perubatan di Hospital Kerjaan…apa yang ana lihat didalam kisah hidup gadis ini ialah kesabaran dia menahan cinta manusia, namun hanya nenambakan CINTA ALLAH sepanjang doanya..teringat ana sewaktu belajar di tingkatan enam dahulu ada seorang guru ana berpesan..

“syiqqin jika suatu hari kamu ingin dicintai, maka kamu cintailah dahulu PenciptaMu”. Begitulah pesan guru ana yang sampai detik masih bertanyakan khabar ana…dan apabila ana melihat pesanan dari penulis ini sendiri..

“Jika kau belum berkahwin, kejarlah ALLAH SWT sebelum kau mengejar cinta lelaki. Tanpa redha Allah kamu tak akan bahagia..percayalah..”

Antara kata2 penulis yang masih dalam ingatan..”kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tak bersedia, Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?. Bukankah itu pintu zina semata-mata?. Nauzubillah”. Penulis membuatkan ana berazam untuk menjaga CINTA ALLAH ini dengan kemas sehingga ia dibuka oleh insan yang juga menjaga CINTA ALLAH dan menganggap pernikahan sebagai satu ibadah,,


Perjalan cerita ini dihiasi dengan kehidupan berumahtangga yang bahagia apabila tidak saling mangenali terlebih dahulu, hari2 mereka penuh dengan kerinduaan dan mengamalkan ilmu Allah semata-mata. Sikap prihatin dan tanggungjawab suaminya yang didambakan oleh semua perempuan telah dia milikki..ana sangat terkesan dengan jalan ceritanya yang penuh dengan hidup yang dijalani dengan sunah2 Rasullah secara bersama..

“Ya Allah kuatkanlah iman hambamu ini. Peliharalah diri hambamu ini dari sebarang dosa2 hati yang boleh memalingkan cintaku padaMu, Kau temukanlah diriku ini kepada hambamu yang juga memelihara cintanya hanya padaMu..temukanlah Ya Allah..”, itulah antara rintihan ana selepas membaca buku ini…inilah penulisnya..Fatimah Syarha Mohd Noordin bersama suaminya Dr Farhan Hadi bin Hj Mohd Taib..sekian..

syukran shbt ana..shahaida yg bg ana borrow book nie..heheheee...


No comments:

Post a Comment