Sunday, May 17, 2009

Kolej KU...wawawa....fire3x..

18 hb tarikh sedih bagiku..huhu..kolej YAB terbakar...kejadian berlaku lebih kurang pukul 2 pagi..ms tu ana bru nk terlelap...shbt ana shahaida terus kejuz,

"cafe terbakar, jom kiter kena kuar.." itulah kate2 daa pada ana...ermm..collercoster ana baru jer blepas,tiba2 terbalik bile dikejuzkan oleh daa...eeee..mcm xcaye lak...cedih giler bila ana g tgk sendiri kejadian tu...takutttt

cian kat pak su, cik mie, n bdk2 yab sbb lambat lah nk rasa sambal belacan pok su...nasib baik ana dh hilangkan rindu lps balik dr Lenggong ari tu..buat adik2 n kengkawan yg akn masuk nnt jgn cedih yer..huhuhu...


salah satu bangunan di YAB yg terbakar..huhu..



Bilik pejabat YAB yg terbakar teruk..


DoAkAn KeJaYaAnKuuu

Setelah menempuh pertama kali pengalaman temuduga, akhirnya dalam seramai yg meminta, ana diberikan peluang untuk memegang jawatan disebuah syarikat swasta, so 20 hb nie ana akan kePenang untuk mengikut latihan sebagai Penolong Pengurus..doakan kelancaran perjalanan dan latihan sepanjang ana disana..ana rasa sedih sgt nk tinggalkan UUM nie, bnyk kenangan..terutamanya dgn shbt2 ana, shahaida, hana, ira dan semuanya sepanjang ana blajar kat u nie..

Buat mak, akak mintak maaf bnyk2 yer sbb tak dapat balik JB dulu untuk minta restu mak, hanya telefon penghubung kita..doakan kejayaan akak disana..insyallah de masa nanti akak ckp lama2 dgn mak..huhuhu..akak cyg makkkk



suka sgt lagu nie..ana tujukan buat ummi ana..huhu

FREND FOR EVER..

Alhamdullah..dpt jgk ana dan shbt ana Shahaida berjumpa dgn shbt kami, Hasuna. oleh sebab umah die dekat dgn Gua Kelam, maka kami pun merancg untuk kesana sekali..hehee..setelah penat mencari umah, akhirnya kami jumpa jgk umah Suna..hehe..syukra pada cosmate kami. Pido and Ja’ar (Azhar) sbb teman kami ke sana..terpaksalah kami jadikan die org bodyguard kami..hehee..sbnrnya xde org nk drive..hehee..
Lps mkn kat umah Suna, maka bermulalah pengembaraan kami ke Gua Kelam. Akhirnya sampai juga ana kesana..Masyaallah,sungguh cantik kejadian Allah..


nielah cosmate ana yg tlg drive..frend 4 ever..


bersama shbt2 yg ana cyg sgt walaupun baru kenal..LUV U ALL..mwuuuah3


BAHASA + NIAT + PERIBADI + BUDAYA + IMAN + CINTA

Sengaja ana pilih tajuk nie..sbb ana nk kongsikan pengalamn ana melalui 6 aspek nie sepanjg ana di perkampungan Air Air Bah 1 & 2, Lenggong Perak..Selama 4 hari 3 malam ana bersama2 dgn shbt PERKIM UUM berkampung di sana..pe yg membanggakan ana, selama menjadi ahli PERKIM, ana tak pernah join mane2 program yg dianjurkan persatuan nie, xtahulah sama ada tak dipelawa atau ana yg x mempelawakan diri..tak pelah yg penting input yg ana perolehi drpd prgrm nie..Disana ana perolehi bnyk pengalaman, manis mahupun pahit..huhu..pahit pun de tau..tp bkn dgn org asli kat sn lah..selama disana bnyk yg ana belajar..

1. BAHASA…
oleh kerana bahasa yg digunakan adalah bahasa Melayu, de juga org asli disana kurang faham bahasa yg kami gunakan, cuma anak2 muda yg belajr disekolah shj yg fhm..tp boleh dikatakan 90% tu fhm lah bahasa MALASIA..sbb die org semua kan ORANG MALAYSIA..hehehe..Cuma de satu masa setelah ana diberikan sebuah keluarga angkat, mak zainab dan ayah Pandak, ana cuba menggunakan bahasa org kampung yg mudah difahami. Lagipun ana juga ada adik2 angkat yg baik2 semua..

2. NIAT
Hal inilah yg paling penting bagi ana, niat..”apa yg penting…?...niat!!”..itulah lagu yg sll ana dan shbt ana shahaida nyanyikan..hehee..niat kita lah yg paling penting..erm..niat kita Allah yg tentukan..oleh sebab itu, biarlah kita je yg tahu niat kite tu..tp ana sedih bila de seorng shbt nie, niat die diketahui juga oleh..terang2an diketahui.”tak de beza antara manusia, tudung labuh ke, tudung biasa ker, yg membezakan kiter ialah amalan disisi Allah swt.” Itulah antara rintihan ana bila ana dan shbt ana terasa di sisihkan..tp, bagi ana ialah bukanlah alasan untuk ana memperjuangkan deen Allah, ana ada cara ana tersendiri, cukuplah Allah shj yg tahu niat ana..Takbir!!!!

3. PERIBADI
Pertama kali bg ana, org asli nie rupanya pemalu, dan mempunyai peribadi yg sgt elok…memuliakan tetamu. Itulah yg ana dpt simpulkan..disana ana sgt terharu bl mak angkat ana, sgt mengambil berat tentg ana dan shbt ana..miey. Maka tidak hairanlh, bila lepas pulg ke UUM, ayah angkat ana bg msg..tny tntg kbr dan mitk maaf sbb xdpt layan kami dgn elok. Ayah angkat ana sbnrnya kurang sihat sewaktu kami smapi disana..tp xpelah ana fhm..pe yg penting peribadi seorang Muslim ialah bersangka baik dan menyebarkan agama Allah dgn cara yg paling mudah, sedangkan Rasullah saw sendiri menggunakan kaedah psikologi yang sangat berhemah..walhal pelbagai halangan yang baginda terima..tapi SABAR tetap diamalkan..smg ana juga mempunyai peribadi seperti baginda..amin..

4. BUDAYA
Suatu yg disebut dgn senang, tp amat susah untuk difahami. Begitulah yg dirasai oleh ana..unuk mengajar mereka tentng solat, hukum hakam, taharah, dan sebagainya adalah yg amat sukar kerana budaya mereka yg diamalkan dari dulu..namun ana percaya dgn semangat dan niat yang betul, insyaalh ia mudah difahami. Barulah ana dapat rasakan bagaimana susahnya pihak Jabatan Agama Perak, Bahagian Dakwah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menyampaikan dakwah dan sebagainya dalam memperjuangan agama Allah..subhannallah..

5. IMAN
Sewaktu disana, hanya iman yang menjadi kekuatan ana untuk menempuh segala2nya..iman senipis ana, hanya mampu berserah kepadaNya. Namun ana percaya, tidak diuji seseorang itu jika ia tidak beriman..maka ana redha Allah menguji ana..pelbagai yg ana rasakan disana, namun bersama shbt2 ana, maka hilanglah segala keresahan yg dirasakan..

6. CINTA
Mudah2an CINTA ana sepanjang di program nie akan kekal. Ukhwah yg terjalin bersama shbt2 ana akan kekal hingga ke akhirat, amin…disanalah ana dapat rasakan betapa Allah CINTAKAN hamba2nya yang selalu bersamaNya. Walau hati mendambakan cinta manusia, namun CINTA Allah lebih berharga..semoga CINTA DAN IMAN tidak terpisah dalam diri ana dan shbt2 ana…amin..

Wednesday, May 13, 2009

5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE"� HARAM

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM.

Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA.
Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur,
bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating"�, ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan
bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram�. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si
perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar
selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang
perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.

(Rujuk kitab al-Halal wal Haram
Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Teringat ana pada seorang ustaz, "setiap hubungan itu perlu ada IKATAN...hubugan kita dgn Allah itu ada, dan kalimah syahadah itu ikatan kita dgn Allah swt..". Apabila kita berbicara tentang CINTA, ana percaya cinta itu adalah diri kita sendiri..klu kita nk kenal cinta, maka kenallah diri kita terlebih dahulu, dan cinta Allah itulah diri kita yang sebenarnya...

Harap menjadi pengajaran bersama dgn sahabat2 ana yg lain yang terlalu mendamba cinta manusia..