Sunday, May 17, 2009

BAHASA + NIAT + PERIBADI + BUDAYA + IMAN + CINTA

Sengaja ana pilih tajuk nie..sbb ana nk kongsikan pengalamn ana melalui 6 aspek nie sepanjg ana di perkampungan Air Air Bah 1 & 2, Lenggong Perak..Selama 4 hari 3 malam ana bersama2 dgn shbt PERKIM UUM berkampung di sana..pe yg membanggakan ana, selama menjadi ahli PERKIM, ana tak pernah join mane2 program yg dianjurkan persatuan nie, xtahulah sama ada tak dipelawa atau ana yg x mempelawakan diri..tak pelah yg penting input yg ana perolehi drpd prgrm nie..Disana ana perolehi bnyk pengalaman, manis mahupun pahit..huhu..pahit pun de tau..tp bkn dgn org asli kat sn lah..selama disana bnyk yg ana belajar..

1. BAHASA…
oleh kerana bahasa yg digunakan adalah bahasa Melayu, de juga org asli disana kurang faham bahasa yg kami gunakan, cuma anak2 muda yg belajr disekolah shj yg fhm..tp boleh dikatakan 90% tu fhm lah bahasa MALASIA..sbb die org semua kan ORANG MALAYSIA..hehehe..Cuma de satu masa setelah ana diberikan sebuah keluarga angkat, mak zainab dan ayah Pandak, ana cuba menggunakan bahasa org kampung yg mudah difahami. Lagipun ana juga ada adik2 angkat yg baik2 semua..

2. NIAT
Hal inilah yg paling penting bagi ana, niat..”apa yg penting…?...niat!!”..itulah lagu yg sll ana dan shbt ana shahaida nyanyikan..hehee..niat kita lah yg paling penting..erm..niat kita Allah yg tentukan..oleh sebab itu, biarlah kita je yg tahu niat kite tu..tp ana sedih bila de seorng shbt nie, niat die diketahui juga oleh..terang2an diketahui.”tak de beza antara manusia, tudung labuh ke, tudung biasa ker, yg membezakan kiter ialah amalan disisi Allah swt.” Itulah antara rintihan ana bila ana dan shbt ana terasa di sisihkan..tp, bagi ana ialah bukanlah alasan untuk ana memperjuangkan deen Allah, ana ada cara ana tersendiri, cukuplah Allah shj yg tahu niat ana..Takbir!!!!

3. PERIBADI
Pertama kali bg ana, org asli nie rupanya pemalu, dan mempunyai peribadi yg sgt elok…memuliakan tetamu. Itulah yg ana dpt simpulkan..disana ana sgt terharu bl mak angkat ana, sgt mengambil berat tentg ana dan shbt ana..miey. Maka tidak hairanlh, bila lepas pulg ke UUM, ayah angkat ana bg msg..tny tntg kbr dan mitk maaf sbb xdpt layan kami dgn elok. Ayah angkat ana sbnrnya kurang sihat sewaktu kami smapi disana..tp xpelah ana fhm..pe yg penting peribadi seorang Muslim ialah bersangka baik dan menyebarkan agama Allah dgn cara yg paling mudah, sedangkan Rasullah saw sendiri menggunakan kaedah psikologi yang sangat berhemah..walhal pelbagai halangan yang baginda terima..tapi SABAR tetap diamalkan..smg ana juga mempunyai peribadi seperti baginda..amin..

4. BUDAYA
Suatu yg disebut dgn senang, tp amat susah untuk difahami. Begitulah yg dirasai oleh ana..unuk mengajar mereka tentng solat, hukum hakam, taharah, dan sebagainya adalah yg amat sukar kerana budaya mereka yg diamalkan dari dulu..namun ana percaya dgn semangat dan niat yang betul, insyaalh ia mudah difahami. Barulah ana dapat rasakan bagaimana susahnya pihak Jabatan Agama Perak, Bahagian Dakwah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menyampaikan dakwah dan sebagainya dalam memperjuangan agama Allah..subhannallah..

5. IMAN
Sewaktu disana, hanya iman yang menjadi kekuatan ana untuk menempuh segala2nya..iman senipis ana, hanya mampu berserah kepadaNya. Namun ana percaya, tidak diuji seseorang itu jika ia tidak beriman..maka ana redha Allah menguji ana..pelbagai yg ana rasakan disana, namun bersama shbt2 ana, maka hilanglah segala keresahan yg dirasakan..

6. CINTA
Mudah2an CINTA ana sepanjang di program nie akan kekal. Ukhwah yg terjalin bersama shbt2 ana akan kekal hingga ke akhirat, amin…disanalah ana dapat rasakan betapa Allah CINTAKAN hamba2nya yang selalu bersamaNya. Walau hati mendambakan cinta manusia, namun CINTA Allah lebih berharga..semoga CINTA DAN IMAN tidak terpisah dalam diri ana dan shbt2 ana…amin..

No comments:

Post a Comment