Sunday, May 17, 2009

Kolej KU...wawawa....fire3x..

18 hb tarikh sedih bagiku..huhu..kolej YAB terbakar...kejadian berlaku lebih kurang pukul 2 pagi..ms tu ana bru nk terlelap...shbt ana shahaida terus kejuz,

"cafe terbakar, jom kiter kena kuar.." itulah kate2 daa pada ana...ermm..collercoster ana baru jer blepas,tiba2 terbalik bile dikejuzkan oleh daa...eeee..mcm xcaye lak...cedih giler bila ana g tgk sendiri kejadian tu...takutttt

cian kat pak su, cik mie, n bdk2 yab sbb lambat lah nk rasa sambal belacan pok su...nasib baik ana dh hilangkan rindu lps balik dr Lenggong ari tu..buat adik2 n kengkawan yg akn masuk nnt jgn cedih yer..huhuhu...


salah satu bangunan di YAB yg terbakar..huhu..



Bilik pejabat YAB yg terbakar teruk..


DoAkAn KeJaYaAnKuuu

Setelah menempuh pertama kali pengalaman temuduga, akhirnya dalam seramai yg meminta, ana diberikan peluang untuk memegang jawatan disebuah syarikat swasta, so 20 hb nie ana akan kePenang untuk mengikut latihan sebagai Penolong Pengurus..doakan kelancaran perjalanan dan latihan sepanjang ana disana..ana rasa sedih sgt nk tinggalkan UUM nie, bnyk kenangan..terutamanya dgn shbt2 ana, shahaida, hana, ira dan semuanya sepanjang ana blajar kat u nie..

Buat mak, akak mintak maaf bnyk2 yer sbb tak dapat balik JB dulu untuk minta restu mak, hanya telefon penghubung kita..doakan kejayaan akak disana..insyallah de masa nanti akak ckp lama2 dgn mak..huhuhu..akak cyg makkkk



suka sgt lagu nie..ana tujukan buat ummi ana..huhu

FREND FOR EVER..

Alhamdullah..dpt jgk ana dan shbt ana Shahaida berjumpa dgn shbt kami, Hasuna. oleh sebab umah die dekat dgn Gua Kelam, maka kami pun merancg untuk kesana sekali..hehee..setelah penat mencari umah, akhirnya kami jumpa jgk umah Suna..hehe..syukra pada cosmate kami. Pido and Ja’ar (Azhar) sbb teman kami ke sana..terpaksalah kami jadikan die org bodyguard kami..hehee..sbnrnya xde org nk drive..hehee..
Lps mkn kat umah Suna, maka bermulalah pengembaraan kami ke Gua Kelam. Akhirnya sampai juga ana kesana..Masyaallah,sungguh cantik kejadian Allah..


nielah cosmate ana yg tlg drive..frend 4 ever..


bersama shbt2 yg ana cyg sgt walaupun baru kenal..LUV U ALL..mwuuuah3


BAHASA + NIAT + PERIBADI + BUDAYA + IMAN + CINTA

Sengaja ana pilih tajuk nie..sbb ana nk kongsikan pengalamn ana melalui 6 aspek nie sepanjg ana di perkampungan Air Air Bah 1 & 2, Lenggong Perak..Selama 4 hari 3 malam ana bersama2 dgn shbt PERKIM UUM berkampung di sana..pe yg membanggakan ana, selama menjadi ahli PERKIM, ana tak pernah join mane2 program yg dianjurkan persatuan nie, xtahulah sama ada tak dipelawa atau ana yg x mempelawakan diri..tak pelah yg penting input yg ana perolehi drpd prgrm nie..Disana ana perolehi bnyk pengalaman, manis mahupun pahit..huhu..pahit pun de tau..tp bkn dgn org asli kat sn lah..selama disana bnyk yg ana belajar..

1. BAHASA…
oleh kerana bahasa yg digunakan adalah bahasa Melayu, de juga org asli disana kurang faham bahasa yg kami gunakan, cuma anak2 muda yg belajr disekolah shj yg fhm..tp boleh dikatakan 90% tu fhm lah bahasa MALASIA..sbb die org semua kan ORANG MALAYSIA..hehehe..Cuma de satu masa setelah ana diberikan sebuah keluarga angkat, mak zainab dan ayah Pandak, ana cuba menggunakan bahasa org kampung yg mudah difahami. Lagipun ana juga ada adik2 angkat yg baik2 semua..

2. NIAT
Hal inilah yg paling penting bagi ana, niat..”apa yg penting…?...niat!!”..itulah lagu yg sll ana dan shbt ana shahaida nyanyikan..hehee..niat kita lah yg paling penting..erm..niat kita Allah yg tentukan..oleh sebab itu, biarlah kita je yg tahu niat kite tu..tp ana sedih bila de seorng shbt nie, niat die diketahui juga oleh..terang2an diketahui.”tak de beza antara manusia, tudung labuh ke, tudung biasa ker, yg membezakan kiter ialah amalan disisi Allah swt.” Itulah antara rintihan ana bila ana dan shbt ana terasa di sisihkan..tp, bagi ana ialah bukanlah alasan untuk ana memperjuangkan deen Allah, ana ada cara ana tersendiri, cukuplah Allah shj yg tahu niat ana..Takbir!!!!

3. PERIBADI
Pertama kali bg ana, org asli nie rupanya pemalu, dan mempunyai peribadi yg sgt elok…memuliakan tetamu. Itulah yg ana dpt simpulkan..disana ana sgt terharu bl mak angkat ana, sgt mengambil berat tentg ana dan shbt ana..miey. Maka tidak hairanlh, bila lepas pulg ke UUM, ayah angkat ana bg msg..tny tntg kbr dan mitk maaf sbb xdpt layan kami dgn elok. Ayah angkat ana sbnrnya kurang sihat sewaktu kami smapi disana..tp xpelah ana fhm..pe yg penting peribadi seorang Muslim ialah bersangka baik dan menyebarkan agama Allah dgn cara yg paling mudah, sedangkan Rasullah saw sendiri menggunakan kaedah psikologi yang sangat berhemah..walhal pelbagai halangan yang baginda terima..tapi SABAR tetap diamalkan..smg ana juga mempunyai peribadi seperti baginda..amin..

4. BUDAYA
Suatu yg disebut dgn senang, tp amat susah untuk difahami. Begitulah yg dirasai oleh ana..unuk mengajar mereka tentng solat, hukum hakam, taharah, dan sebagainya adalah yg amat sukar kerana budaya mereka yg diamalkan dari dulu..namun ana percaya dgn semangat dan niat yang betul, insyaalh ia mudah difahami. Barulah ana dapat rasakan bagaimana susahnya pihak Jabatan Agama Perak, Bahagian Dakwah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menyampaikan dakwah dan sebagainya dalam memperjuangan agama Allah..subhannallah..

5. IMAN
Sewaktu disana, hanya iman yang menjadi kekuatan ana untuk menempuh segala2nya..iman senipis ana, hanya mampu berserah kepadaNya. Namun ana percaya, tidak diuji seseorang itu jika ia tidak beriman..maka ana redha Allah menguji ana..pelbagai yg ana rasakan disana, namun bersama shbt2 ana, maka hilanglah segala keresahan yg dirasakan..

6. CINTA
Mudah2an CINTA ana sepanjang di program nie akan kekal. Ukhwah yg terjalin bersama shbt2 ana akan kekal hingga ke akhirat, amin…disanalah ana dapat rasakan betapa Allah CINTAKAN hamba2nya yang selalu bersamaNya. Walau hati mendambakan cinta manusia, namun CINTA Allah lebih berharga..semoga CINTA DAN IMAN tidak terpisah dalam diri ana dan shbt2 ana…amin..

Wednesday, May 13, 2009

5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE"� HARAM

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM.

Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA.
Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur,
bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating"�, ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan
bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram�. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si
perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar
selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang
perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.

(Rujuk kitab al-Halal wal Haram
Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Teringat ana pada seorang ustaz, "setiap hubungan itu perlu ada IKATAN...hubugan kita dgn Allah itu ada, dan kalimah syahadah itu ikatan kita dgn Allah swt..". Apabila kita berbicara tentang CINTA, ana percaya cinta itu adalah diri kita sendiri..klu kita nk kenal cinta, maka kenallah diri kita terlebih dahulu, dan cinta Allah itulah diri kita yang sebenarnya...

Harap menjadi pengajaran bersama dgn sahabat2 ana yg lain yang terlalu mendamba cinta manusia..

Sunday, April 19, 2009

BASIKAL VS SQUASH

Erm…boring2…setelah lamanya ana bertapa didalam bilik sepanjang “perintah berkurung”..hehehe..sbb exam..akhirnya ana turun juga ke jaguan ana..hehee..pada mula ana mengajak shbt2 ana berbasikal pada sebelah petang semalam..namun ia mintak ditukar ke sebelah pasgi esoknya..isyhh..pagi lah plak?...agak ter”sentap” ana seketika mendengar waktu “pagi”..biasanya di UUM nie jarang shbt2 nk bgn pagi jika bkn kelas atau exam…tp ana rs di universiti lain xmcm tu kot..hehee…merendah diri lah plak…takpe2 ana fhm sbb dkt uum nie hutan rimba, jadi suasananya lain disebabkan diulit dengan udara yg nyaman tapi perlu byr aircond yg lbh…tp Cuma skrg cuaca terlalu panas, ana dapat rasakan bahawa dunia kita nie semakin tua..huhuhu…mcm2 kejadian dh terjadi dpn mata…

Smbung balik,isyh…jadi kite org pun bgn lah pagi (19hb. 4)..mata ana ngantuk sangat pagi nie…tak tahu knp..mybe sbb tido lewat kot mlm td..terlewat lah 10 minit..menanti shbt romate lama masa sem 4 pula bersiap, menanti lagi..agak lama juga kite org nk smpai ke Pusat Sukan U..sesampai kami di Pusat Sukan U, kami pun memilih basikal..shbt ana dah dapat basikal yg disukai setelah kami harus memberi kad matrik, untuk meminjam basikal, termasuklah ana..disebab ka nana dan shbt2 terpaksa menanti adik junior plak nk ikut, maka ana bersiap2 lah memilih basikal yang berkembar..tetiba tak ajdi plak setelah penat menanti..shbt2 ana yg lain plak dh penat menanti..kesian ana melihat…

Ana dapat rasakan Allah sedang menguji tahap kesabaran ana..hehe..maka didalam hati, ana berselewat dan membaca doa menahan marah..(manusia biasa, bohong tak marah)…hehehe..Cuma ana tak mau menzahirkan dihdpn shbt2 ana..tp tak tahu lah klu “terzahir” ke..sbb de seorg shbt ana kate muka ana serius apabila bersendirian..tp ana menepis dengan mengatakan..”mukaku klu serius disebabkan ana berfikir…”hehehe..menjawab lah plak..”fikir pe plak?”Tanya shbt ana..”fikir mslh negara lah..”hehe..berangan nk jd PM plak…itulah cerita “muka serius ana”disebuah kelas yg damai…heheee…

Penat memilih basikal, akhirnya tak de basikal yg sesuai utk ana guna kerana pelbagai masalah yg terdapat pada basikal “single”..





antara bebnyk basikal nie, semuanya de masalah masing2..kena g antar klinik kot..sakit memanjang..brek takde lah, longgar sana, longgar sini, mcm2..jd ana REDHA..



untuk tidak menghampakan shbt2 ana minta die org g dulu dgn basikal..xpe lah ana g main squash jer…mentelah lagi nasib menyebelahi ana apabila bola squash pun memg dh de dalam beg sukan an..alhmdullh..jadi ana pilih utk bmain squash..

nie gelanggang squash kat uum..hehee..raket plak ana kena pinjam..jadi selama menantik shbt2 lain berbasikal ana pun mainlah squash seorg diri..tp bestlah sbb bola berada didalam “kuasa” kita..kasut sukan pun terasa masih baru lagi selama 6 semester ana di U..hehee…kami semua semua pulang ke kolej berjalan kaki jer..tp terasa sihat sgt sbb dh lama tak berjalan..hehee,.,trm kash shbt2 sebab meluangkan masa bersama2..smg semua kerja kita pada hari nie..dikira amalan yang diredhai olehNya..amin…




Friday, April 17, 2009

sambungan..“PEMILIK CINTA KU…”


Pengisian seorang penulis yang bercerita tentang bagaimana perjalanan seorang gadis yang masih belajar yang mempunyai nilai didkan agama yang tinggi, namun tidak terlepas dengan godaan syaitan yang sentiasa menyuruh dirinya melakukan dosa hanya dengan godaan lelaki2 yang mengatakan menyintainya kerana Allah..namun hatinya kuat mengatakan CINTANYA HANYA PADA ALLAH..itulah prinsip hidupnya selagi mata pena menjadi temannya di gedung ilmu..

Qai’niah diuji dgn pelbagai ujian dan dalam masa yang sama dia juga menerima banyak risikan dari orang tuanya, mujurlah kedua2nya memahami prinsip hidupnya..alhamdulilah, tiba2 ana teringat ibu di kampong..huhu..gadis yang dikatakan menjadi pujaan ramai lelaki kerana elok agamanya, di uji sekali lagi apabila beliau diminta “taaruf” dengan seorang lelaki yang dikatakan oleh pensyarahnya bahawa seorang lelaki yang baik dari segi agama mahupun perilakunya..namun ilmu yang masih dituntut masih belum diselesaikan…”ana sudah ada pilihan” begitu lah helah yang digunakan oleh gadis ini untuk tidak menyakiti hati lelaki berkenaan..

Namun, kehadiran seorang lelaki dalam hidup orang tuanya yang datang bersama pengantara, membuka hatinya untuk mengenali sekiranya memang jodohnya..lelaki itu hadir tepat pada masanya, iaitu selepas dia baru menghabiskan examnya yang akhir, berkemas untuk pulang kekampung, waktu itulah pinangan untuk dirinya sudah menanti oleh lelaki yang dia sendiri tidak kenali, hati berdebar..

Dalam masa bertunang dia melanjutkan pelajaran, bakal suaminya pula meneruskan kerjaya sebagai doctor perubatan di Hospital Kerjaan…apa yang ana lihat didalam kisah hidup gadis ini ialah kesabaran dia menahan cinta manusia, namun hanya nenambakan CINTA ALLAH sepanjang doanya..teringat ana sewaktu belajar di tingkatan enam dahulu ada seorang guru ana berpesan..

“syiqqin jika suatu hari kamu ingin dicintai, maka kamu cintailah dahulu PenciptaMu”. Begitulah pesan guru ana yang sampai detik masih bertanyakan khabar ana…dan apabila ana melihat pesanan dari penulis ini sendiri..

“Jika kau belum berkahwin, kejarlah ALLAH SWT sebelum kau mengejar cinta lelaki. Tanpa redha Allah kamu tak akan bahagia..percayalah..”

Antara kata2 penulis yang masih dalam ingatan..”kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tak bersedia, Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?. Bukankah itu pintu zina semata-mata?. Nauzubillah”. Penulis membuatkan ana berazam untuk menjaga CINTA ALLAH ini dengan kemas sehingga ia dibuka oleh insan yang juga menjaga CINTA ALLAH dan menganggap pernikahan sebagai satu ibadah,,


Perjalan cerita ini dihiasi dengan kehidupan berumahtangga yang bahagia apabila tidak saling mangenali terlebih dahulu, hari2 mereka penuh dengan kerinduaan dan mengamalkan ilmu Allah semata-mata. Sikap prihatin dan tanggungjawab suaminya yang didambakan oleh semua perempuan telah dia milikki..ana sangat terkesan dengan jalan ceritanya yang penuh dengan hidup yang dijalani dengan sunah2 Rasullah secara bersama..

“Ya Allah kuatkanlah iman hambamu ini. Peliharalah diri hambamu ini dari sebarang dosa2 hati yang boleh memalingkan cintaku padaMu, Kau temukanlah diriku ini kepada hambamu yang juga memelihara cintanya hanya padaMu..temukanlah Ya Allah..”, itulah antara rintihan ana selepas membaca buku ini…inilah penulisnya..Fatimah Syarha Mohd Noordin bersama suaminya Dr Farhan Hadi bin Hj Mohd Taib..sekian..

syukran shbt ana..shahaida yg bg ana borrow book nie..heheheee...


“PEMILIK CINTA KU…”

Sebelum balik kebilik, seorang shbt ana mencadangkan supaya ana membaca sebuah buku yang bertajuk “PEMILIK CINTA KU…”. Lalu shbt ana memberikan keizinan untuk dibaca..pada mula2 melihat muka depannya ana menjadi tertarik..terdetik dalam hati..”Ya Allah, mudah-mudahan aku dipertemukan seseorang yang menyintai mu lebih dari menyintai ku”


Dalam masa 3 jam ana berjaya menghabiskan buku nie..secra ikhlasnya, pada mulanya membaca “intro” ana setelah ana amat teruja untuk mengetahui pengisian yang ada dalam buku nie melihat gaya penceritaannya yang lebih kepada islamik ana menjadi lebih teruja..pengisiannya yang sangat berharga buat diri ana yang menanti saat2 CINTA ALLAH dalam diri ana..


Today..ana n sahabat2

Lepas “lunch” dgn shbt2 ana, kami berbincg sedikit tentang program ke perkampungan orang asli, di perkamgpung Air Bah, di Ulu Lenggong Perak..tengahari tu sblm masuk waktunya zohor, perbincangan kami menjadi hangat apabila seorg shbt ana nie name die Juli, short name lah..ana pun xingt sgt name die..hehe..maaf ye ukhti Juli..

Mendengar pengalaman Timbalan Pengarah projek Orang Asli nie yang pernah pergi pada semester lepas agak men”sentap”kan shbt2 ana sebentar..walaupun ana tahu dari awal lagi tahu bahawa kita tak boleh dah nak rasa mcm ner kita sebelum nie..kita perlu merasai pula bagaimana keadaan mereka tanpa kemudahan yang lengkap…alhamdulilah niat ana memang benar2 nak pergi ke sana, namun sekiranya keizinan dari ibu membataskan ana terpaksa akur, mentelah lagi ayahanda ana sedang sakit..Ya Allah tambahkan hati kedua2 orang tua ku..amin..tak nak cerita panjang nnt ana sedih plak..

Sekiranya diizinkan Allah, ana akan turut sama menyertai program ini..ana ingin juga merasi bagaimana kehidupan masyarakat orang asli. dan yang paling penting, seperti kata Pengarah Projek program nie..

“InsyaAllah kita cuba sampaikan ilmu terutama asas agama kepada mereka mualaf2 mukmin” begitulah besarnya matlamat seorang pengarah yang ingin memantapkan ­­deen Allah..Insyallah bersama barisan pimpinan akhi Hanif, apa yang dihajati pasti dimakbulkan olehNya, hanya lambat dan cepat sahaja menjadi penentunya..

Allah Menentukan Segala2nya.

Hari nie dh 17hb, subjek asas keusahawanan ana tak abis baca lagi…sikit demi “dikit” ana baca..hehe..mungkin jadi “resam” dh dekat2 exam baru bc..tapi waktu itulah yg ana rasakan paling “mantap” ingatan ana..mentah lagi subjek nie subjek teras universiti, ana pun “pulun”lah abis-abisan..biar dapat A..InsyaAllah..


Chicken Chop VS Chicken Pop

16hb, 9 malam ana bersama shbt2 ana (yanie, yusma. shahaida dan zai) g mkn kat kolej petronas..kite org pakat2 naik mtor masing2…tp pinjm lah, heheheee…pijm mtr kwn..sbnrnya ana sengaja bw seorg shbt ana nie g mkn kat kolej 2 untk puaskan aty dia..ye lah dh last sem kan…nie jer kenangan kami makan sm2..selalunya masing2 sbuk memanjang jer…nie lah shbt2 ana yg best giler..

Bila tgk shbt ana nie order “chicken chop”..teringat saat ana mkn di kolej YAB, nasib tak menyebelahi ana bila ana tersasul nk order chicken chop terckp chicken pop…hehehee…punya lah gelak abg yg jual tu…malu sgt2..sampai skrg ana teringat..shbt ana tu plak tu jgn ckp lah..gelak sampai tersusun gigi die..mcm iklan colgate plak..hehehe

Tp ms kat kolej Petronas, ana terus lapar kat tomyam dr chicken chop..pe lagi order lah..tp kali nie tomyam die x“koww” lah..ermmmm hamper jap..tp sbb lapar, ana makan jer…ye lah perut dh ber”konsert” mcm2 versi..so licin lah..hehee…yg bestnya shbt2 ana semua mkn chicken chop…Cuma yusma jer mkn ns goring USA..

Sepanjag shbt2 mkn, ana xberani nk sebut food yg shbt2 mkn..heheee..takut tersasul..nk tau ana panggil pe ms die org mkn..? ”makanan barat”…hehehe…sje nk suka2 bg shbt gembira bila dgr…

“ye lah mane nk sm mkanan org Barat dgn mknan org Sintok…”ana mula bgurau dgn shbt2..tp yg seronoknya…ana punya fobia nie xdpt juga dikesan oleh shbt ana yg sorg lagi..alhmdulilah..heheee…tp klu die bc blog ana nie, jgn lah plak lpas nie sgja kenakan ana..huhuhu..

Walaubagaimana fobianya ana pd chicken chop nie..tetap mkanan Timur yg mengenyangkan perut ana..hehee..pada shbt2 ana yg g mkn sekali tu, jgn OVER yer..hehee..

Thursday, April 16, 2009


MERDEKA SELAMA SEMINGGU…heheee

Assalamualikum..wbt

lama betul ana xsinggah kat blog ana nie..keinginan bermula apabila seorg shbt ana tegur, “xkan nk wat blog, tp xde pengisian..?hehehe…dia pun gelak..”ana pun jwb lah, nk isi pe? nk isi kuih donat ke…?hehehee..ana sengaja bgurau dgn shbt tu sbb tahu dia suka sgt mkn kuih donat..terus dia rs lapar dgr donat…bukanlah ana sengaja tinggal blog nie..Cuma beberapa bulan yg lepas ana agak sibuk dgn tesis ana, selama dua bulan ana brd di libry..sejuk ari2 tu jgn ckp lah..tp alhmdulh ana anggap semua tu hny ujian drNya…

Now, I’m very apy so much cz I hv done my tesis..hehe..bagi ana tanpa sokongan sbht2, parents, n yg paling penting keberkatan dr Allah s.w.t, yg itu sbnrnya ana cari..insyaAllh mudh2an..skrg ana sedang berjuang untuk final exam..doa2kan ye..walaupun aty berat sgt nk tinggalkan UUM, sbht2 yg lain..ye lah masing2 wat praktikum, ana plak dh kena kerja..tp xpe lah ini kan rahmat dr Allah..teringat kata2 seorg ulama..”rahmat Allah sentiasa berada dgn hamba2Nya yang redha dgn ketentuanNya”..

EXAM LAgiiiii…………

21hb ana akan ambil final exam yg kedua..paper yg agak senang bagi ana..bagi ana jer lah…hehehe…sbb pe..? hanya Allah sj yg tahu knp ana ckp mcm tu…hehehe…ana doakan pd semua sbht2 ana berjaya dunia dan akhirat yer…

ermmm..lupa lak, 22hb ana di ajak ke Terengganu. umah shbt ana, Shahaida..kami bertolak petang 22hb nnt..yg seronoknyer…dia nk jadikan ana tukang masak dia,isyhhh…dh lama xpegang periuk nie..hehehehee…xpe lah pe2 pun, insyallah ana akan update selalu blog nie wat story morey sbht2 yg lain..


CinT@ dan....


CinT@ dan…..

CinT@ dan…..

Hari nie terasa rindu sgt kat ayah…niat aty nk balik kg awal, rindu kat adik2, ibu ayah..tp tanggungjwbku membatasinya..tp xpe, akak akan terus berjuang demi keluarga kite!!! cayok2 iqin..hari ni ana terasa nk bercerita sikit tentg CINTA..hehee..bila dh terasa besar, aty mcm memberontak nk rs cinta dr org lain selain ayah ibu, adik kan?..erm pe la rasanya dicintai oleh org yang menyintai kita…mcm2 lagi tp ana de sikit pendapat..cinta manusia nie memang mudh dpat, tp mudah juga dilupai..ana ckp mcm nie, sbb dr pengalaman diri sendiri yang pernh dicintai,dr shbt2 ana yang dh pun kawin cuma ana jer yang belum sampai rezeki..hehee…satu ketika dahulu aty pernh dilukai oleh manusia yg katanya menyintai, tapi sbnrnya menyakiti..huhu…tp xpelah pe yg ana nk citer n kongsi pengalaman nie ialah CINTA ALLAH ADALAH HAKIKI..

Pengalaman semasa ana di Kelantan, (sek kat Kelantan) ana belajar sesuatu yg ana rs xkan ana lupakan sepanjg idup nie…iaitu KEMATANGAN..ana tahu, pe jer yg ana wat selama nie rupa2nya Allah perhatikan ana, terima kasih Allah..krn memerhatikan diriku..ana belajar menjaga org tua (nenek sakit) waktu tu ana dapatkan rasakan ana terlalu mencitai nenek dgn atuk..dgn rela aty ana nk dudk n jaga nenek waktu tu..ana pun xtau knp. mungkin waktu tu ibu ana pun terasa aty kot sbb ana sanggup duduk dgn nenek..sdgkan ibu baru nk rs duduk lama dgn ana..tp xpelah..nie semua ujian…bila nenek ditakdirkan sihat kembali, bila berjauhan dgn nenek, ana terasa dia juga turut merindui ana..ana smbung pengajian, nenek ucpkan tahniah, ana tahu dlm idup nie nenek bnyk bagi ilmu kehidupan pd ana yang telalu banyk…ana bnyk belajar sesuatu yg ana rs hny ada pd org tua2 dahulu..hehee..perasan lh plak..tp ia memg kenyataan..

Suatu petang ana berbual dgn nenek pd cuti sem ke4, sjer borak2 kosong…

“nek tolong cari calon kat ore..” ana pun tersenyum malu depan nenek yang tahu cucu dia nie xberapa fasih “kecek klate”...

nek cari nanti mu tok kene pulok” sambil wat muka sindir nenek ana…

“buke tok kene, takut hok nek cari tu meh2 ustaz” tersenyum ana dpn nenek..dh tahu dh pilihan nenek ana nie..tp sbnrnya ana bergurau jer..saje nk tgk nenek ana nie dia sygkan cucu dia x…hehehee..memg syg lah..

Tp lps tu nenek bpesan..”walaubagaimanapun kita cuba mencari cinta, kita kena ingat cinta manusia itu dtgnya dri Allah, maka cintai Allah terlebih dahulu..nescaya Allah akan temukan kita dgn seseorang yg juga turut mencintaiNya..” Cinta bukanlah sesuatu yg aneh dalam muka bumi nie..sbb nabi adam juga terasa sunyi apabila bersendiri, inikan pula manusia biasa seperti kita..tp harus diingat bahawa, cinta tanpa agama adalah sesuatu yg merosakkan..justeru itu, tidak hairanlah..”cinta memerlukan ikatan”..jika kita mencitai Allah, ikatannya ialah kalimah syahadah…namun jika kita mencintai manusia, ikatannya ialah PERNIKAHAN..maka amat tidak digalakkan untuk membudayakan “bercouple” sbb ia mengundangkan zina2 kecil..ana juga turut berpesan pd diri ana sendiri yg sememangnya bnyk kekhilafannya..smg Allah mengampuni diriku..

Sebagai seorang muslim, kita diingatkan dengan ketentuan Allah dimana setiap jodoh dan pertemuan adalah diatas hak Allah. Maka tidak hairanlah, jika perpisahan juga milikNya..salam cinta dan…..keredhaan Allah matlamat kita bersama..amin


Wednesday, January 21, 2009

takbir...!!!! allahuakbar..


aty ana tersentap bila melihat kesengsaraan makhluk yg seagama dgn ana direntap nyawanya, kebahagiannya, ketenangannya, kedamaiannya, dan semua yg membuatkannya sengsara...

Ana mulakan blog ana nie dgn rs yg cukup kesal terhdp manusia yg bertopengkan binatang (ISRAEL dan anjing2nya)..mudh2an balasan yg cukup setimpal buat binatang yg xbertamadun nie..